Setiap mukmin mesti berazam dan berusaha sedaya upaya memnuhi tuntutan rukun Islam yang ke lima. Bak kata Imam al-Ghazali, pembuktian keazaman dan usaha bersungguh-sungguh hendaklah dimulakan dengan menabung sedikit demi sedikit wang secara berterusan. Jika kita dipanggil mengadap Ilahi sedangkan hasrat tersebut belum tertunai, nanti akan ada hujah apabila berhadapan Rabbuljalil bahawa kita telah berusaha ke arah tersebut.
Berusahalah...
berazamlah...
wahai sahabatku
wahai umatku
kewajipan tersebut tersimpan seribu hikmah dan kebaikan
menguji ketabahan dan kesabaran
terkandung seribu pengalaman
lambang kekuatan umat Islam
tersimpan seribu sejarah silam
mendidik jiwa mendekatkan diri kepada tuhan
akan dikurniakan kekuatan iman dan ketaatan
kepada insan yang menunaikan dengan penuh keikhlasan
"baitul Atiq, aku merinduimu...."
Saturday, July 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment