Monday, August 24, 2009

Kelebihan Bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah s.a.w:

"....juzuk pertama (10 hari pertama) akan dikurniakan rahmat, juzuk kedua (10 hari kedua) akan dikurniakan keampunan dan juzuk ketiga (10 hari terakhir) akan dilepaskan dari azab api neraka."
Tips khatam al-Quran sepanjang Ramadhan:
-Baca/tadarus al-Quran sebanyak 4 muka surat setiap kali selepas waktu solat fardhu
-al-Quaran = 30 juzuk- 1 juzuk mengandungi 20 muka surat - 5 x solat fardhu x 4 muka surat x 30 hari = 30 juzuk
Bersama-samalah kita membanyakkan amalan disepanjang bulan yang mulia ini.

Wednesday, August 19, 2009

Apa Persediaan Kita Menyambut Bulan Ramadhan

Ramadhan, bulan penuh rahmat dan berkat. Digandakan amalan sebanyak 700 ganjaran berbanding bulan-bulan biasa. Satu tawaran yang amat lumayan anugerah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, untuk mausia yang hatinya terisi dengan iman. Golongan yang hatinya sentiasa mengingati Allah semasa berdiri, tidur, berbaring dan dimana jua. Wahai sahabatku, mari sama-sama kita mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin dan penuh keikhlasan dan rasa rendah diri kehadrat Ilahi:
1.Banyakkan istighfar
2.Banyakkan doa
3.Kuatkan azam dan bulatkan tekad
4.Iltizam dengan bacaan al-Quran
5.Hadirlah solat tarawikh
6.Bangunlah bermunajat sepertiga malam
Mudah-mudahan semua amal ibadah kita semua akan diterima oleh Allah, diberikah kerahmatan di dunia dan akhirat, dipertemukan dengan malam al-Qadar yang diimpikan setiap manusia beriman.

Monday, August 17, 2009

Selamat Berpuasa

Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak, guru-guru penasihat dan ahli-ahli Persatuan Bahasa Arab mengucapkan selamat berpuasa, semoga semua amal ibadah kita diterima oleh Allah. Jadikan Ramadhan ini sebagai medan muhasabah dan melatih diri ke arah menjadi mukminin dan mukminat yang istiqamah dengan Islam